Khamis, 14 Februari 2013

PROGRAM TAHUN 2013

3 Februari 2013

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH  TEORI DAN AMALI

Bertempat di Susur Larkin Perdana 1, Taman Larkin Perdana Johor Bahru, pertubuhan telah mengadakan satu program yang sangat penting untuk semua insan yang hidup ini samada tua atau muda, lelaki atau perempuan terutama yang masih mempunyai ibu bapa untuk mengetahui bagaimana hendak mengendalikan/merawat orang yang sakit tenat di saat-saat kematian didalam sesebuah keluarga atau teman atau kaum muslimin dan muslimat. Juga mengetahui  tugas dan tanggungjawab semasa menguruskan mayat / jenazah oleh anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan  sehingga ke liang lahat. 

Ibu-ibu perlu dan patut berwasiat atau meninggalkan pesan kepada anak-anak menekankan tugas dan tanggungjawab anak-anak menjaga/merawat ibu ayah yang sakit/sakit tenat/nazak dan juga menguruskan mayat/jenazah ibu ayah. 

 
 










 

Selasa, 8 Januari 2013

PROGRAM MEMPERKASAKAN INTEGRITI IBU TUNGGAL DI AMBANG PRU 13

PARLIMEN PONTIAN, JOHOR  PADA 3 NOVEMBER 2012




PARLIMEN PULAI, JOHOR BAHRU PADA  24 NOBEMBER 2012




PARLIMEN JOHOR BAHRU PADA 26 DISEMBER 2012




PARLIMEN TEBRAU, JOHOR BAHRU PADA 5 JANUARI 2013

Ahad, 16 Disember 2012

LATAR BELAKANG


PENDAHULUAN
 
  • SEJARAH PENUBUHAN

Telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1998 selepas YM Ar. Hajjah Nor Aini binti Juffery merasakan ibu-ibu tunggal seperti beliau dan beberapa wanita yang beliau temui perlu ada sahabat untuk berjumpa dan berbincang masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu tunggal perlu ada kesatuan.  Pertubuhan ini didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dengan nombor daftarnya 952.  Seawalnya pertubuhan ini hanya tergolong dari 20 orang ahli sahaja yang mana YM Ar. Hjh Nor Aini binti Juffery sebagai Yang Dipertua.  Dengan dorongan Yang Berbahagia Dato, Rashidi bin Nasir selaku Timbalan Setiausaha Kerajaaan Negeri Johor ketika itu yang membenarkan tempat dan alamat untuk dihubungi adalah pejabat beliau, ahli-ahli telah meningkat kepada 200 orang.
 
Tidak ketinggalan Pejabat Agama Bahagian Pembangunan Keluarga BYayasan Majlis Bandaraya Johor Bahru memberi sokongan dan dorongan kepada pertubuhan dengan kerjasama/koloberasi beberapa ceramah motivasi dan aktiviti pembelajaran.  Pertubuhan ini mula dikenali diseluruh Negeri Johor Darul Takzim dan penambahan ahli sungguh ketara sekali.   Sehingga ini pertubuhan ini lebih dikenali dengan nama Ibu Tunggal C.A.R.E. Johor yang bermaksud Cabaran, Akhliah, Redha dan Evolusi.


PENAUNG

YAB  Prof Dr Jamilah binti Ariffin isteri kepada Menteri Besar Johor Y.A.B Dato’ Hj Abdul Ghani bin Othman.

OBJEKTIF

·        Memberi kekuatan rohani

·        Menambahkan ilmu

·        Merapatkan hubungan sesama insan

·        Membuka kesedaran minda

·        Mendapat kemahiran yang diminati

·        Peluang membina kehidupan yang lebih baik.

VISI

Menjadi pertubuhan yang menerajui kecemerlangan wanita menerusi K-kreativiti.

MISI

Menerajui Pembangunan Wanita Dalam Era Globalisasi Dan Aplikasi Teknologi Yang Kreatif Selaras Dengan Aspirasi Negara.

COGAN KATA

BERSAMA MEMBINA KESEJAHTERAAN IBU TUNGGAL

MOTO
 
Perihatin Menuju Era BERWAWASAN

MATLAMAT

·     Memberi khidmat nasihat;

·     Memberi pendedahan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti bulanan;

·     Memberi kursus-kursus dan latihan didalam apa jua bentuk kemahiran;

·     Memberi tuisyen kepada anak-anak Ibu Tunggal mengikut peringkat umur;

·     Memberi sokongan untuk mendapat apa-apa jenis perniagaan;

·     Mengadakan aktiviti sosial bagi merapatkan hubungan siratulrahim.

LOGO PERTUBUHAN

 
REKABENTUK LOGO
Lambang pertubuhan merupakan seorang ibu yang sedang memeluk anak-anaknya yang memberi maksud perlindungan dan membantu semasa dalam jagaannya.  Ia dibentuk di dalam satu anak panah menuju ke atas untuk terus maju ke hadapan.  Anak panah itu dibendung oleh sebuah gear yang melambangkan zaman teknologi dimana dikelilingi sebuah roda kehidupan yang penuh dengan cabaran.
 
KETERANGAN LOGO

Di tengah roda bertulis C.A.R.E. adalah nama ringkasan pertubuhan Ibu Tunggal Negeri Johor yang memberi maksud Cabaran, Akhliah, Redha dan Evolusi.  Warna-warna yang terkandung kepada logo tersebut memberi maksud:
  •                  Ungu                   >     Anggun    ;    Lembut
  •                  Merah                  >     Berani     ;     Perkasa
  •                  Biru                     >     Damai      ;     Bahagia
  •                  Hijau                   >    Bersatu     ;     Berpasukan
  •                  Putih                     >    Suci         ;     Bersih

Ahad, 9 Disember 2012

KOPERASI

Pertubuhan ini telah merancang akan menubuhkan koperasi pertubuhan. 



Jumaat, 7 Disember 2012

SOSIAL DAN RIADAH

Membuat lawatan sambil belajar di Teminin Kota Tinggi, Johor.  Penyertaan seramai 30 orang terdiri dari ahli-ahli Pertubuhan Ibu Tunggal C.A.R.E (J) selama  satu hari pada 21 Oktober 2012.  Rombongan disambut oleh Ketua Kampung Kg Teminin.     Persembahan permainan kompang oleh orang kampung bagi permulaan agenda.

Memberi penerangan serba sedikit dan seterusnya membawa pelawat membuat kraft tangan dan pembuatan cendawan goreng sejuk beku.


 




Menerima jemputan Hari Jadi Tuanku Sultan Johor pada 22 Oktober 2012 bertempat di Dataran Muar Johor.



AKTIVITI

Aktiviti sepanjang tahun 2012

Program Memperkasa Intergriti Ibu Tunggal diambang PRU 13 :

 Bertempat di Bangunan UMNO Bahagian Pontian pada 3 November 2012.

Ucapan Yang Dipertua Pertubuhan Ibu Tunggal C.A.R.E (J) memberi penerangan peranan pertubuhan kepada kaum ibu di Program Memperkasa Integriti Ibu Tunggal di ambang PRU 13 di Pontian, Johor

 Bertempat di Komplek Dato Mohd Rahmat Kg. Pasir Johor Bahru Parlimen Pulai,
Johor Bahru.  



Bertempat di Bangunan Peladang Kulaijaya pada 11 November 2012.

Membuat Pembungkusan Semula Baja